Sabtu, 31 Mac 2012

coretan cik Nora @_@: Tudung Bawal Printed

coretan cik Nora @_@: Tudung Bawal Printed: salam dear!!! ari nie CN yang jual tudung bawal printed (corak) yang tengah hot sekarangg..mcm pisangg goreng tau..rugi sesiapa x cuba..k...

Tudung Bawal Printed

salam dear!!!


ari nie CN yang jual tudung bawal printed (corak) yang tengah hot sekarangg..mcm pisangg goreng tau..rugi sesiapa x cuba..kain nyee xteball..n xterlalu nipis..memang selesa dipakai..xpanas..bentuk dia segi empat.cara pemakaian sama je mcm tudung bawalll..mcm gambar  dibawah...




cantik kan??? ada banyak lagi corak dan warna ..jomm tgokk bawahh lagiii
oren yang sngattt wahhhh..memang cantikk ..cepat2 order

nie warna kelabu  tau..cantikk..limited tau

yang Pink nie pun sweet je..


hijau pucuk pisanggg..sgt nice

biru tua yang mendamaikannn

yang corak batikk..hot itemm..limited

sama corak batik jgakk..limited

hah mcm mana..cantik2 kan..so cepat2 order..kepada yang serius buyers sahaja leh lah email saya  untuk order..Opsss tidak lupa pada yang berminat dengan tudung bawal 2 tone n 3 tone leh jgak emel k @ terjah ke Fb saya untuk tinjau2 album disana...^_^

Emel: zcz2cropy@yahoo.com

Harga: Rm 16.00
Postage: Rm 6 (Semenanjung)
Rm 9 ( Sabah/Sarawak

















































































































Selasa, 27 Mac 2012

Preview Movie Cinta Kura-kura

Perhatian ini kura-kura tau bukan PENYU..hihihi...oky entry nie bukan untuk bercerita sal kura-kura @ penyu k..CN (Cik Nora) nak cerita sal movie Cinta Kura-kura, walaupun agak terlambat tpi never mind CN nak kasi preview ckit sal cite nie..

Sipnopsis:
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle ... tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian. Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.Barisan pelakon Cinta Kura-kura terdiri dari Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.Filem ini juga telah menggunakan suara Usop Wilca sebagai Atuk kura-kura, Fara Fauzana, manakala Nico menggunakan suara Zizan. 



~Komen~
sekalung tahniah untu Kru Production bukan senang tau nak bt movie like this. x logik kan untuk pertama kali melakukan movie seprti ini kita akan terus dapat result yang power namun bagi CN untuk movie yang pertama kali like this satu kejayaan dah..sekurang2nya Kru cuba memberikan penonton sedikt kelainan tidak lah bosan g cinema asyik tnya cite yang genre movie yang sama je kan..heheh CN bukan lah pndai sangt bab movie-movie..ini hanya pndagan peribadi..rasenya not bad lah cite..mungkin kerna adanya Si Kura-kura (zizan) menyebabkan filem ini "terselamat" boleh dikatakan ada jgak kelakarnya kan..hope Kru Production tidak akan terhenti menghasilkan filem2 yang menarik dan lain dari yang lain..moga sukses selalu..

Peace ^_^

Jumaat, 9 Mac 2012

20 tips jimat untuk kurangkan bajet perkahwinan

1. Buat majlis yang ala kadar je– simple, tapi meriah. Tak yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi bajet you all.
2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – kalu buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalu nak lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !
3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – jangan plak ko pi jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar.. :-)  nanti satu stadium pun tak muat…huhu…  seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat,    kengkawan dan jiran tetangga… :-)
4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju – baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p
5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer)  kalu ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie. Sebabnya, masa  ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untukpreparation kahwin naik hage beb! Seriously….
6. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalu takde ‘bajet’ sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan sendiri, orait?
7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la  sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga ader…     harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p  Sotime nie la sesuai sgt2 untuk you all pi shopping untuk beli barang2 kawin! Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer… :-)
8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kawin kat kedai A, pelamin kat kedai  B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kawin yang sesuai dan berpatutan.
9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – alahai… pompuan nie kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p  Tapi, you all kena la pandai2 tahan diri. Sebelum kawin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg ader… bila2   pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas gitu…:-D
10. Duit hantaran kenalah berpada2 – pesanan buat pihak pompuan: tolong   jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual    anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain      plak… J kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan   mereka dlu… nie tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak  duit hantaran 10K. Ade ke patut!
11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – kalu korang ada masa dan  sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap dsb. lagi.    Lagi jimat, beb!
12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…
13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainment – misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi. Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun takpe kan?
14. Majlis kenduri kahwin – kalu bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalu kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan? Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara belah lelaki buat simple jek…
15. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalu dah tak ketinggalan zaman lagi la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu
16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak tu …) dan kos  upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…
17. Postpone honeymoon - Kalu bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke masa yang sesuai  atau semasa korang dpt apa-apa  ‘durian runtuh’ nanti. Atau untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu :-)
18. Design sendiri kad jemputan – kalu ko tak reti nak design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang yg reti buat  mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms Word         pun bleh la…:-)
19. Buat senarai semak atau checklist siap2 – checklist nie memang penting dan kena buat awl2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan  ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau  blom dibuat atau dibeli…
20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit, beb!  Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau 2 buahwedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!
credit: Mdm Cupid ..^_^

p/s: xperlu lah wedding yng gah....kehidupan selepas kwin yang sepatutnya mendaptkan perancangan yang lebih dan teratur..ape2 pun kepada semua bakal pegantin baru..buat keputusan dengan bijak..jgan mengikut perasaan tamak...(pssttt pesanan untuk tUan TaNah jagkk hihihi ^_^ )

Jumaat, 2 Mac 2012

Bila Lelaki Sudah Jatuh Cinta

kepada gadis2 diluar sana..mesti tertnya-tnya kan bagaimana nak tau sama ada seseorang lelaki tue  sudah Jatuh CINTA ngan korang ke x..oky nie ada sedikit tips untuk bantu korang semua ^_^
  1. Memberikan lebih perhatian.
      Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan...(wahhh terasa sangat dicintai kan gnii ..hihihi )
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
      Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.(hrap sampai bile2 pun gni always ada dengn kita kn??)
  3. Menerima kamu apa adanya.
      Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.(lelaki yang benar2 cintakan kita akan menerima segala kekurangan dan kelebihan diri kita begitu juga sebalikny)
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
      Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.(hmm..mintak2 romantiknya terus sampaii kwin..barulah sweetnyeee ^_^
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
      Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.(jgn sampai tahap "king control" lak)
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
      Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.(wahhh bahgianyeee gni)
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
      Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu
      “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah.



P/S: cinta sesuatu yang unikk..cinta adalah anugerah terindah kepada kite..jadi klau dah jatuh cinta jgn lah persiakan cinta tersebut k ^_^