Selasa, 27 Mac 2012

Preview Movie Cinta Kura-kura

Perhatian ini kura-kura tau bukan PENYU..hihihi...oky entry nie bukan untuk bercerita sal kura-kura @ penyu k..CN (Cik Nora) nak cerita sal movie Cinta Kura-kura, walaupun agak terlambat tpi never mind CN nak kasi preview ckit sal cite nie..

Sipnopsis:
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle ... tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian. Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.Barisan pelakon Cinta Kura-kura terdiri dari Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.Filem ini juga telah menggunakan suara Usop Wilca sebagai Atuk kura-kura, Fara Fauzana, manakala Nico menggunakan suara Zizan. 



~Komen~
sekalung tahniah untu Kru Production bukan senang tau nak bt movie like this. x logik kan untuk pertama kali melakukan movie seprti ini kita akan terus dapat result yang power namun bagi CN untuk movie yang pertama kali like this satu kejayaan dah..sekurang2nya Kru cuba memberikan penonton sedikt kelainan tidak lah bosan g cinema asyik tnya cite yang genre movie yang sama je kan..heheh CN bukan lah pndai sangt bab movie-movie..ini hanya pndagan peribadi..rasenya not bad lah cite..mungkin kerna adanya Si Kura-kura (zizan) menyebabkan filem ini "terselamat" boleh dikatakan ada jgak kelakarnya kan..hope Kru Production tidak akan terhenti menghasilkan filem2 yang menarik dan lain dari yang lain..moga sukses selalu..

Peace ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan