Selasa, 7 Februari 2012

tips RINGKAS untuk PUJUK LELAKI yang merajukkk

LELAKI merajukk PEREMPUAN pening nak PUJUK..
SINI CikNora nak kongsikan tips yang paling ringkas bagaimana nak pujuk lelaki yang mengada-gada nak ngajuk nie..heheh mcm gulz2 lah plak..(ape2 sebenarnya mereka nak perhatian je tue..hihi :P


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

P/S: hah macam mana mudah je kan..lelaki nie bukan nya kompleks sangat tetapi kadang-kadang mereka sebenarnya   nak perhatian je..yelah asyik mereka je yang memujuk apa salah nya jika sekali sekala mereka pula yang merajukkk hahh baru pening korang gulz nak pujuk macam mana kan???

2 ulasan:

  1. andai husband saya merajuk...saya akan pujuk dgn cara membuat dia happy :-
    1.bermanja2
    2.bergurau senda
    3.masak makanan kegemaran dia
    4.mandi bersama
    5.memberi layanan sebaik mungkin sehingga dia merasa puas...

    selepas tu baru berbincang apa yg dirajukkan dan sama2 mencari jalan penyelesaian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah kwin dah tau sgt hati budi pasangan kita, so senang lah kita nak pujuk kn sbb dah tau kegemaran dio kan..ape2 pun yang paling penting ialah komunikasi ^_^

      Padam