Khamis, 22 Disember 2011

huruf awal + maksud nama anda!!..let's check out

KENALI SIKAP MELALUI HURUF PERTAMA NAMA
A
  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
  • Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakandirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia danpenyabar, yang menjadikannya amat disenangidalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
  • Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
  • Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
  • Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
  • Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Merekajuga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
  • Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
  • Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaanorang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
  • Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
  • Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
  • Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
  • Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
  • Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
  • Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
  • Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agakpendendam dan boros.
Q
  • Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
  • Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
  • Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukarmenahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
  • Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
  • Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
  • Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
  • Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yangtinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinyaboleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
  • Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
  • Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
  • Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
so skrang dah tahu ape mksud nama anda..hihihi sekdar hiburan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan